Pengemaskinian Maklumat Bagi Calon Yang Telah Lulus Temu Duga SPP Bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kontrak Bahasa Inggeris)
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH LULUS TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEPERTI BERIKUT:
Sukacita dimaklumkan bahawa calon-calon boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan di bawah. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah LULUS TEMU DUGA dan DIPERAKUKAN LANTIKAN TETAP DAN KONTRAK oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi eGraduan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian berikut untuk bantuan selanjutnya.
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Telefon: 03-8884 7741
Terima kasih.
NOTA: Setiap calon diwajibkan untuk memuat naik Sijil Pengajian/ Sijil Ikhtisas Pendidikan bagi tujuan verifikasi.
3. Pengemaskinian boleh dilakukan di laman sesawang egraduan.moe.gov.my.
Kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian terima kasih.
- Hits: 1034