Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Menamatkan Diploma Pendidikan Dan Lulus Temu Duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

PENGEMASKINI MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH MENAMATKAN DIPLOMA PENDIDIKAN DAN LULUS TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEPERTI BERIKUT:

1. PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) BAHASA MANDARIN;

2. PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN ISLAM;

3. PROGRAM PELAJAR CEMERLANG SKIM LATIHAN TENAGA KEPAKARAN PENDIDIKAN KHAS (SLTKPK); DAN

4. PROGRAM KEMBAR PRAPERKHIDMATAN (PKP) BAHASA JEPUN.

Sukacita dimaklumkan bahawa calon-calon boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan dibawah. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah LULUS TEMU DUGA dan DIPERAKU LANTIKAN TETAP oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi eGraduan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian berikut untuk bantuan selanjutnya.

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Telefon: 03-8884 7779 / 03-8884 7145 / 03-8872 1446

Terima kasih.

NOTA: Setiap calon diwajibkan untuk memuatnaik Sijil Pengajian / Sijil Ikhtisas Pendidikan bagi tujuan verifikasi

  • Hits: 2059

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 03 Jun 2023, 16:23.