Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Lulus Temu Duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

PENGEMASKINI MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH LULUS TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEPERTI BERIKUT:

1. GURU INTERIM GRED DC41 YANG TELAH DITAWARKAN LANTIKAN TETAP DAN YANG TELAH MENAMATKAN KURSUS DALAM CUTI (KDC) DI BAWAH PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)

Sukacita dimaklumkan bahawa calon-calon boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan dibawah. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah LULUS TEMU DUGA dan DIPERAKU LANTIKAN TETAP oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi eGraduan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian berikut untuk bantuan selanjutnya.

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Telefon: 03-8884 7741 / 03-8884 7145 / 03-8872 1446

Terima kasih.

NOTA: Setiap calon diwajibkan untuk memuatnaik Sijil Pengajian / Sijil Ikhtisas Pendidikan bagi tujuan verifikasi

  • Hits: 7061

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 01 Disember 2023, 12:00.