Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Lulus Temu Duga SPP Seperti Berikut: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

PENGEMASKINI MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH LULUS TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEPERTI BERIKUT:

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

Sukacita dimaklumkan bahawa calon-calon boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan di bawah. Pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah LULUS TEMU DUGA dan DIPERAKU LANTIKAN TETAP (keputusan temu duga 30 Januari 2023) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di eGraduan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian berikut untuk bantuan selanjutnya.

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Telefon: 03-8884 7779 / 03-8884 7145

Terima kasih.

NOTA: Setiap calon diwajibkan untuk memuatnaik Sijil Pengajian / Sijil Ikhtisas Pendidikan bagi tujuan verifikasi


3. Pengemaskinian boleh dilakukan di laman sesawang egraduan.moe.gov.my.

Tarikh mula pengemaskinian: 16/02/2023
Tarikh akhir pengemaskinian : 20/02/2023

Kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

  • Hits: 2318

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 29 November 2023, 10:39.