• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Penawaran Kemudahan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2019 (Program Khas IR 4.0)

Penawaran Kemudahan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2019 (Program Khas IR 4.0)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menawarkan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi mengikuti pengajian berteraskan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 di peringkat pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana dan Kedoktoran secara sepenuh masa di Universiti Putra Malaysia bagi ambilan Tahun 2019.

Program IR 4.0 mengambil kira hasrat Kerajaan melalui inisiatif pendidikan bertaraf dunia dalam membangunkan bakat berkemahiran tinggi dalam mengharungi revolusi industri 4.0. Kursus ini akan dilaksanakan sepenuhnya di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dan kohort pertama dijangka akan bermula pada September 2019.

Sehubungan itu, PPP yang berminat dan berkelayakan adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami setiap maklumat serta syarat-syarat yang ditetapkan sebelum memuat turun dan mengisi borang permohonan dengan lengkap dan dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP) sebelum atau pada 21.06.2019 (Jumaat) melalui alamat berikut :
 
Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
SELANGOR
(u.p.: Cawangan Perancangan dan Pengurusan Kerjaya)
 

Bil 

Muat Turun

 1

 Hebahan Penawaran Kemudahan Penajaan Program IR4.0

 2

 Lampiran 1 Syarat-Syarat Permohonan IR 4.0

 3 

 Lampiran A Senarai Bidang IR 4.0

 4

 Lampiran B Carta Alir Permohonan Penajaan Dan Cuti Belajar 2019

 5

 Lampiran C Senarai Penyakit Kronik

 6

 Dokumen Permohonan

a

KPM(BBP)LD1 2019 Borang Permohonan Mengikuti Pengajian 2019

b

KPM(BBP)LD2 2019 Borang Perakuan Ketua Jabatan

c

KPM(BBP)LD3 2019 Borang Perakuan Kedudukan Kewangan

d

KPM(BBP)LD4 2019 Borang Maklumat Pinjaman Pendidikan

e

KPM(BBP)LD5 2019 Borang Maklumat Politik

f

Senarai Semak Cuti Belajar 2019

 

Sekian, terima kasih.

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

31 Mei 2019

 

 

 

  • Hits: 84210

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.