Penawaran Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Bagi Sesi Akademik 2019/2020 Oleh Vietnam Maritime University
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Kementerian ini telah menerima tawaran biasiswa daripada International School of Education (ISE), Viet Nam Maritime University (VMU) melalui pihak Kedutaan Besar Malaysia di Viet Nam yang menawarkan tajaan biasiswa peringkat ijazah sarjana muda sesi 2019/2020 kepada pelajar Malaysia bagi tempoh empat (4) tahun seperti butiran berikut:
-
-
- 100% tajaan biasiswa (yuran pengajian dan kolej kediaman) bagi 2 pelajar;
- 50% tajaan biasiswa (yuran pengajian) bagi 2 pelajar; dan
- 30% tajaan biasiswa (yuran pengajian) adalah tidak terhad.
-
Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan di bawah biasiswa ini adalah:
-
-
- Global Studies and Maritime Affairs (GMA);
- International Business and Logistics (IBL); and
- Business Management and Marketing (BMM).
-
- Sehubungan itu, sukacita bersama-sama ini dilampirkan surat tawaran berserta maklumat tawaran biasiswa tersebut untuk maklumat dan perhatian lanjut pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan. Untuk makluman juga, borang permohonan tajaan biasiswa yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan secara softcopy melalui emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hardcopy ke alamat ISE, VMU: International Relations Division of International School of Education, Nha A5, Truong Dai Hoc Hang Hai Viet Nam, 484 Lach Tray, Le Chan, Hai Phong, Viet Nam. Tarikh tutup permohoanan adalah sebelum atau pada 30 Julai 2019. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai biasiswa tersebut boleh diajukan kepada pegawai daripada Bahagian Antarabangsa, VMU seperti butiran berikut:
Nama : Ms. Trang
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Telefon : +84-2253261999 / +84-934661104
Laman web : http://eng.vimaru.edu.vn/
- Perhatian, kerjasama dan komitmen pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Salam hormat,
Bahagian Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
- Hits: 6435