Penawaran Biasiswa ASEAN Fellowship For PhD At IIT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

Untuk makluman, Kerajaan India telah melancarkan program ASEAN Fellowship for PhD pada 16 September 2019 bagi mengukuhkan hubungan kerjasama di antara India dan negara-negara ASEAN. Menerusi program ini, Kerajaan India telah menawarkan sebanyak seribu (1000) peluang biasiswa kepada warganegara ASEAN bagi melanjutkan pengajian ke peringkat PhD di mana-mana India Institutes of Technology (IIT). Permohonan biasiswa ini adalah secara atas talian menerusi pautan http://asean.iitd.ac.in/ dan tarikh permohonan adalah dari 17 September 2019 hingga 31 Oktober 2019. Bersama-sama ini disertakan brosur rasmi berhubung penawaran ASEAN Fellowship for PhD at Indian Institutes of Technology (IIT) untuk rujukan jua.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

Cawangan Dasar & Strategik

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

 

Muat Turun:

Penawaran Biasiswa ASEAN Fellowship For PhD At IIT

 

 

  • Hits: 5932

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.