Pemakluman Pelanjutan Penutupan Sementara Permohonan Atas Talian Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) Dan Program Pendidikan Khas (PPK)
Selaras dengan pengumuman oleh Kerajaan Malaysia berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dimaklumkan bahawa penutupan operasi dan Permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) dan Program Pendidikan Khas (PPK) bagi tuntutan tahun 2020 akan dilanjutkan mulai 15 April 2019 (Rabu) sehingga tamat tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tempoh ini adalah tertakluk kepada pengumuman semasa yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia bagi membendung ancaman penularan Covid-19. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh dikemukakan melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
14 April 2020
- Hits: 6737