Pemakluman Awal Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Secara Dalam Talian Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2022
\
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2022 akan dibuka pada akhir Disember 2021 dan urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan April 2022.
Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan berhasrat untuk memohon bagi program HLP/HLPS ini, tuan/puan disarankan untuk membuat persediaan awal dan merujuk portal rasmi KPM dari semasa ke semasa bagi sebarang pemakluman terkini.
Sekian, Terima kasih.
Cawangan Penawaran
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
- Hits: 35668