• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Pemakluman Awal Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan T

Pemakluman Awal Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan T

Poster Pemakluman Awal Program HLP CBBP TB Dan HLPS Bagi PPP KPM Ambilan Tahun 2023

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

            Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2023 akan dibuka pada 23 Disember 2022 (Jumaat) dan urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2023

            Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan/puan berhasrat untuk memohon bagi program HLP/CBBP TB/HLPS ini, tuan/puan disarankan untuk membuat persediaan awal dan merujuk portal rasmi KPM dari semasa ke semasa bagi sebarang pemakluman terkini.  

Sekian, Terima kasih.

Cawangan Penawaran
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
16 Disember 2022
  • Hits: 9077

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 28 Januari 2023, 21:47.