Pelawaan Untuk Sumbangan Manuskrip Bagi Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Tahun 2021
SEMUA PENGARAH BAHAGIAN
SEMUA PENGARAH JPN
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
PELAWAAN UNTUK SUMBANGAN MANUSKRIP BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU TAHUN 2021
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru (JPPG) bagi tahun 2021. Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) daripada bahagian/institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan yang berminat menyumbang manuskrip berbentuk penyelidikan berkaitan profesionalisme guru untuk dimuatkan dalam jurnal tersebut.
3. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Penulisan Manuskrip JPPG mengikut format yang ditetapkan dan Lampiran A: maklumat penulis untuk makluman serta tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan. Sumbangan manuskrip tersebut perlu dihantar secara softcopy ke alamat emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Tarikh akhir penghantaran manuskrip tersebut adalah pada 15 Januari 2021.
4. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada urus setia penerbitan JPPG di Unit Dasar Pembangunan Keguruan, Cik Hasmidatul Suria binti Azmi secara emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / ditalian 03-88841228.
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Muat Turun:
pdf Panduan Penulisan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru 2021 (995 KB)
document LAMPIRAN A - MAKLUMAT PENULIS (16 KB)
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
URUS SETIA JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDKAN GURU
BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU
- Hits: 5590