Pelawaan Untuk Sumbangan Artikel Bagi Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 15/2020

Ruj.Kami   : KPM.100-16/4/3  (75)

SEMUA PENGARAH BAHAGIAN

SEMUA PENGARAH JPN

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN UNTUK SUMBANGAN ARTIKEL BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN GURU JILID 15/2020

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru bagi Jilid 15/2020. Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa pegawai/pensyarah/guru daripada Bahagian/Jabatan/Institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan yang berminat menyumbang artikel berbentuk penyelidikan berkaitan profesionalisme guru untuk dimuatkan dalam jurnal tersebut.
  1. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Penulisan Artikel mengikut format yang ditetapkan untuk makluman dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan. Sumbangan artikel tersebut perlu dihantar secara softcopy ke alamat emel tersebut Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. . Tarikh akhir penghantaran artikel tersebut adalah pada 15 Januari 2020.
  1. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada urus setia jurnal di Unit Dasar Pembangunan Keguruan, Cik Hasmidatul Suria binti Azmi ditalian 03-8884 1369 dan email; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
  1. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Urus setia Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru

Bahagian Profesionalisme Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Muat turun:

pdf Surat Pelawaan (364 KB)

pdf Panduan Penulisan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru 2020  (810 KB)

document Lampiran A (16 KB)

 

 

 

  • Hits: 3822
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 12 Disember 2019, 16:14.