Pelawaan Sumbangan Artikel Bagi Jurnal Penyelidikan Pendidikan BPPDP JILID 23/2022

SEMUA PENGARAH BAHAGIAN
SEMUA PENGARAH JPN
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
PELAWAAN SUMBANGAN ARTIKEL BAGI JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN BPPDP JILID 23/2022
 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan BPPDP Jilid 23 untuk tahun 2022.
 
3.         Sehubungan dengan itu, pegawai daripada Bahagian/Jabatan/Institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dipelawa untuk menyumbang artikel berbentuk penyelidikan atau penilaian pendidikan bagi tujuan penerbitan jurnal tersebut.
 
4.         Sumbangan artikel YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan hendaklah dihantar secara softcopy ke alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Tarikh akhir penghantaran artikel tersebut adalah pada 31 Mac 2022 (Khamis).
 
5.         Bersama-sama ini dilampirkan   pdf Garis Panduan Penulisan Artikel (838 KB)  untuk makluman serta tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./ tuan/puan. Pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./ tuan/puan dikehendaki melengkapkan Borang Maklumat Penulis Artikel di pautan: bit.ly/maklumatpenulisartikel2022 dan   pdf Borang Pengakuan Penulisan Artikel (Lampiran B) (211 KB)  yang terdapat dalam garis panduan tersebut.
 
6.   Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi Penyelaras Penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan BPPDP melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau ditalian 03-8884 6346/6580.
 
Sekian.
 
Urus setia Jurnal Penyelidikan Pendidikan BPPDP
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia


 

  • Hits: 8505

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.