• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Pelawaan Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Sepenuh Masa Sesi 2021

Pelawaan Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Sepenuh Masa Sesi 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN PENAJAAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (Ph.D) SECARA SEPENUH MASA SESI 2021 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa  pencalonan daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Gunasama dan Jawatan Kader) untuk memohon penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Sepenuh Masa Sesi 2021. 

3.         Pegawai yang berminat boleh melayari laman web JPA iaitu www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan. Permohonan dibuka mulai 14 Februari 2020 sehingga 6 Mac 2020. Kemudahan ini tidak melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi dan Pensyarah Universiti di KPM. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan bil. JPA(I)S.175/22/1Klt.15(3) bertarikh 14 Februari 2020 untuk rujukan jua. Pegawai yang berminat hendaklah membaca dengan teliti syarat-syarat permohonan yang dinyatakan didalam surat pelawaan tersebut.

4.         Permohonan ini hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan. Pencalonan tanpa melalui Ketua Jabatan dan tidak lengkap secara automatik tidak akan diproses. Sekiranya ada sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak tiga (3) set dokumen, tiga (3) salinan Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian dengan disertakan  dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 4 Mac 2020 (Rabu) pukul 5.00 petang kepada:

            Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

            Cawangan Latihan dan Kompetensi

            Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

            Kementerian Pendidikan Malaysia

            Aras 4, Blok E12, Kompleks E

            Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

            62604 Putrajaya

            u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali

 5.         Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut:

            Nama             :           Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham

            Tel                   :           03-8872 1514

            E-mel              :           Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

            Nama             :           Puan Paridah binti Ali

            Tel                   :           03-8884 7947

            E-mel              :           Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

6.         Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Muat Turun Surat Edaran HLP Sesi 2021

  • Hits: 4270

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 04 Ogos 2020, 08:23.