• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Pelawaan Kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sijil Dan Diploma Kemahiran (TVET), Diploma Dan Ijazah Pertama Secara Sepenuh Masa Sesi 2019/2020

Pelawaan Kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sijil Dan Diploma Kemahiran (TVET), Diploma Dan Ijazah Pertama Secara Sepenuh Masa Sesi 2019/2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SIJIL DAN DIPLOMA KEMAHIRAN (TVET), DIPLOMA DAN IJAZAH PERTAMA SECARA SEPENUH MASA SESI 2019/2020

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk memohon kemudahan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Bagi Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil dan Diploma Kemahiran (TVET), Diploma dan Ijazah Pertama Secara Sepenuh Masa Sesi 2019/2020.
  1. Permohonan dibuka mulai 1 Mac 2019 sehingga 29 Februari 2020. Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal JPA di http://esilav2.jpa.gov.my. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.176/7/80/7 Klt.2 (2) bertarikh 1 Mac 2019 untuk makluman dan rujukan jua. Pegawai yang berminat hendaklah membaca dengan teliti syarat-syarat permohonan yang dinyatakan di dalam surat pelawaan tersebut.
  1. Permohonan penajaan tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan, memenuhi syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan syarat-syarat cuti belajar yang ditetapkan oleh JPA.  Pemohon perlu memastikan data yang dikemukakan adalah tepat. Para pemohon juga diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peraturan/undang-undang sedia ada.
  1. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak empat (4) salinan dengan disertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut: 
  1. Borang JPA(L)LDP 1A/96 (disediakan oleh BPSM, KPM);
  2. Borang Perakuan Ketua Jabatan;
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  1. Salinan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) - bagi pemohon pengajian Diploma TVET;
  2. Salinan Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/A-level/setara - bagi pemohon pengajian Ijazah Pertama;
  3. Salinan Buku Perkhidmatan;
  • Salinan surat tawaran pusat-pusat bertauliah awam/kolej komuniti/politeknik/politeknik premier/universiti awam yang dipersetujui JPA;
  • Slip Pengiktirafan kursus oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang dicetak melalui pautan http://www2.mqa.gov.my/mgr/ bagi pemohon Diploma dan Ijazah Pertama sahaja;
  1. Borang Pengesahan Maklumat Pengajian - bagi pemohon Sijil dan Diploma TVET sahaja;
  2. Senarai penuh mata Pelajaran yang akan diambil beserta kalendar akademik pengajian;
  3. Salinan surat pelantikan ke Perkhidmatan Awam; dan
  • Salinan Sijil Perkahwinan dan Sijil Kelahiran anak-anak (jika berkenaan).
  1. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses. Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan selewat-lewatnya 45 hari sebelum pendaftaran pengajian pegawai kepada:

Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru

 

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Cawangan Latihan dan Kompetensi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E12, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali

            Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

 

Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 3, Blok E13, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

u.p.: Encik Ahmad Sabri bin Abdullah

  1. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./ tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut:

Nama             : Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham

No. Tel.          : 03-88721514

Emel               : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Nama             : Puan Paridah binti Ali

No. Tel.          : 03-88847947

Emel               : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Nama             : Encik Ahmad Sabri bin Abdullah

No. Tel.          : 03-88841387

Emel               : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  1. Segala perhatian dan kerjasama pihak  YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

Urus Setia Latihan

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Cawangan Latihan dan Kompetensi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel: 03-88721514/03-88847947

Faks: 03-88847925

 Muat Turun

Bil.  Tajuk  Muat Turun 
 1.  Program Penajaan Kumpulan Pelaksana Muat Turun 
 2.  PPKP_Borang Pengesahan Maklumat Pengajian (TVET) Muat Turun
 3.  PPKP_Perakuan Ketua Jabatan Muat Turun

 

  • Hits: 6742

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 September 2023, 15:47.