• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • [Ralat] Pelawaan Kemudahan Penajaan Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Perkhidmatan Bukan Guru Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran Secara Sepenuh Masa Sesi 2020 (Dikemas kini pada 24 April 2019)

[Ralat] Pelawaan Kemudahan Penajaan Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Perkhidmatan Bukan Guru Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran Secara Sepenuh Masa Sesi 2020 (Dikemas kini pada 24 April 2019)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa  pencalonan daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Perkhidmatan Gunasama (PPG) dan Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama (PPBG) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon kemudahan penajaan di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) (dalam dan luar negara) Secara Sepenuh Masa Sesi 2020. 

Pegawai yang berminat boleh melayari portal eSila JPA http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan. Permohonan dibuka mulai  19 April 2019 sehingga 17 Mei 2019. Kemudahan ini tidak melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pensyarah Universiti dan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi di KPM. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan bil. JPA(I)S.175/22/1 Klt. 14(2) bertarikh 19 April 2019 untuk makluman dan rujukan jua. Pegawai yang berminat hendaklah membaca dengan teliti syarat-syarat permohonan yang dinyatakan didalam surat pelawaan tersebut.

Permohonan ini hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan. Pencalonan tanpa melalui Ketua Jabatan dan tidak lengkap secara automatik tidak akan diproses. Pemohon perlu memastikan data yang dikemukakan adalah tepat dan disemak oleh Ketua Jabatan. Para pemohon juga diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peruntukan peraturan/undang-undang sedia ada. Bagi pegawai-pegawai jawatan kader, permohonan perlu melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPM dan Bahagian ini akan memanjangkan permohonan pegawai kepada Ketua Perkhidmatan masing-masing.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) set dokumen, empat (4) salinan Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian dan empat (4) salinan Soalan Ekspektasi Penajaan dengan disertakan  dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 10 Mei 2019 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari kepada:

 

           Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

Cawangan Latihan dan Kompetensi

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, Blok E12, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali

                    

            Pegawai di Jabatan Pendidikan Tinggi

            Jabatan Pendidikan Tinggi

            Bahagian Khidmat Pengurusan

            Aras 9, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5

            62200 Putrajaya

            u.p.: Puan Noorzuliyana binti Yusuff

           

            Pegawai di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

            Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

            Bahagian Khidmat Pengurusan

            Aras 5, Galeria PJH, Jalan P4W

            Persiaran Perdana, Presint 4

            62100 Putrajaya

            u.p.: Encik Saiful Azzam bin Abdul Rahim

           

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut:

            Nama             :           Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham

            Tel.                  :           03-88721514

            E-mel              :           Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

            Nama             :           Puan Paridah binti Ali

            Tel.                  :           03-88847947

            E-mel              :           Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

            Nama             :           Puan Noorzuliyana binti Yusuff  

            Tel.                  :           03-88706408

            E-mel              :           Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

            Nama             :           Encik Saiful Azzam bin Abdul Rahim

            Tel.                  :           03-88919105

            E-mel              :           Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Muat Turun Semua Fail Di Sini

  • Hits: 5795

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 01 Disember 2023, 12:00.