Pelawaan Bagi Commonwealth Youth Forum (CYF) Pada 20 - 23 Jun 2020

Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

HEBAHAN PELAWAAN BAGI COMMONWEALTH YOUTH FORUM (CYF) PADA 20-23 JUN 2020

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman Tuan/Puan, Malaysia menerusi Kementerian Luar Negeri (KLN) telah menerima pelawaan daripada Sekretariat Komanwel untuk menyertai Commonwealth Youth Forum (CYF) bermula 20 sehingga 23 Jun 2020 bertempat di Rwanda bersempena Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) yang akan diadakan di Kigali, Rwanda bermula 26 sehingga 27 Jun 2020.

3. Forum tahun ini yang bertemakan ‘Taking Charge of Our Future’ adalah terbuka kepada 500 orang belia dari negara anggota Komanwel yang berminat. Untuk makluman Tuan/Puan jua, sepanjang forum tersebut golongan muda dari negara-negara Komanwel akan membincangkan cabaran dan peluang yang dihadapi oleh generasi mereka. Topik yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:

3.1 employment;
3.2 climate change;
3.3 gender equality;
3.4 innovation; dan
3.5 peacebuilding

4. Peserta forum juga akan turut berpeluang membina cross-cultural connections and networks, membincangkan inisiatif yang diterajui oleh belia dalam menangani isu-isu baru yang memberi kesan kepada golongan muda, membina strategi dalam membuat sesuatu keputusan serta memastikan golongan muda mempunyai suara dan agensi di masa hadapan. Dalam hal ini, calon yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di pautan seperti di bawah:

4.1 Borang pendaftaran - https://forums.chogm2020.rw/web/?r=site/event-registration&event_id=1559 ;
4.2 Maklumat lanjut berkaitan forum (termasuk mengenai visa) - https://thecommonwealth.org/sites/default/files/inline/CYF2020-Open-Call-Invitation.pdf ; dan
4.3 Alamat emel bagi sebarang pertanyaan - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

5. Sukacita turut diingatkan bahawa segala perbelanjaan adalah dibawah tanggungan sendiri dan calon yang berminat mestilah memenuhi kriteria seperti di bawah:

5.1 Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 29 tahun;
5.2 Mempunyai pengalaman dalam pembangunan atau advokasi belia; dan
5.3 Pernah mewakili badan/ organisasi yang dipimpin oleh belia atau special interest group seperti (golongan belia pribumi, kurang upaya, dari luar bandar, dan lain-lain).

6. Seperti pihak Tuan/ Puan sedia maklum jua, berdasarkan situasi semasa wabak coronavirus (COVID-19) di Malaysia dan perkembangan terkini di peringkat global, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihatkan orang ramai untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya. KKM juga telah menasihatkan orang ramai untuk menangguhkan perjalanan sementara ke luar negara terutamanya ke wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 di Republik China, Republik Korea, Iran, Itali dan Jepun. Sekiranya perjalanan tersebut tidak dapat dielakkan, orang ramai adalah disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang telah digariskan oleh KKM termasuk menjauhkan diri daripada kawasan-kawasan yang mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi. Dalam hal ini, sebarang keputusan untuk memohon menyertai Commonwealth Youth Forum (CYF) di Rwanda adalah di bawah tanggungjawab masing-masing. Sebagai makluman tambahan, penyertaan yang berjaya juga adalah tertakluk kepada keadaan semasa di Rwanda susulan penularan wabak COVID-19 tersebut.

Sukacita turut diingatkan bahawa tarikh akhir bagi sebarang penyertaaan adalah pada 20 Mac 2020. Bersama-sama ini turut disertakan Kenyataan Media berkenaan CYF tersebut yang terdapat di laman web rasmi Commonwealth untuk perhatian Tuan/Puan jua.

Sekian.

  • Hits: 2081

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 04 Ogos 2020, 08:55.