• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Pelanjutan Tarikh Tutup Sayembara Penulisan Kisah Inspirasi, Deklamasi Sajak Dan Pertandingan Video Pendek Berteraskan Nilai Peringkat KPM Tahun 2020

Pelanjutan Tarikh Tutup Sayembara Penulisan Kisah Inspirasi, Deklamasi Sajak Dan Pertandingan Video Pendek Berteraskan Nilai Peringkat KPM Tahun 2020

NOTIS  MAKLUMAN:

PELANJUTAN TARIKH TUTUP

SAYEMBARA PENULISAN KISAH INSPIRASI, DEKLAMASI SAJAK DAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK BERTERASKAN NILAI

PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAHUN 2020

___________________________________________________

 

Pihak urus setia Sayembara Kisah Inspirasi, Deklamasi Sajak dan Pertandingan Video Pendek Berteraskan Nilai  Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2020 memahami akan kesukaran yang dialami oleh guru-guru dan murid-murid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19, terutama dalam menguruskan aspek penyediaan dan penghantaran penyertaan sayembara.

Untuk itu, dimaklumkan bahawa tarikh tutup sayembara tersebut dilanjutkan kepada 31 Mei 2020. Makluman lanjut bagi penyertaan sayembara ini boleh dirujuk kepada syarat penyertaan yang dilampirkan bersama makluman ini. Sekian

Muat Turun Syarat Penyertaan

 

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

29 APRIL 2020 

 

  • Hits: 5049

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Disember 2023, 15:48.