Logo Rasmi Sambutan Jubli Emas Rukun Negara

Jumbli Emas Rukun Negara

 

PUTRAJAYA, 9 Julai - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan logo rasmi sambutan jubli emas Rukun Negara yang julung kali dicipta.

Lima jalur menggambarkan lima prinsip Rukun Negara.

Bulan dan bintang pula, melambangkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan.

Manakala tengkolok berkerawang bulan dan bintang, simbolik prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara serta Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Angka 50 dan warna biru pula, melambangkan amalan perpaduan dalam kesopanan dan kesusilaan.

Turut dilancar, lembaran mini khas menggunakan warna emas pada peta Malaysia.

Ia melambangkan semangat Rukun Negara yang dijunjung tinggi, seluruh rakyat Malaysia.

 

 

  • Hits: 19990

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.