Kursus Teknik dan Penjurian Permainan Sahibba Siri II
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Akademi DBP akan menganjurkan Kursus Teknik dan Penjurian Permainan Sahibba Siri II pada 7 Mac 2020, pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Aras 6, Wisma DBP, Kuala Lumpur.
Objektif kursus ini adalah untuk:
• Memantapkan kaedah penjurian dalam kalangan juri dan panel hakim pertandingan Sahibba.
• Melahirkan lebih ramai juri/panel hakim pertandingan Sahibba dalam kalangan staf DBP dan guru penyelaras peringkat daerah/negeri, kementerian. Pertandingan Sahibba merupakan program tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
• Menyebarkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pengguna/penutur.
Yuran Pendaftaran: RM150.00 seorang termasuk makan minum dan sijil penyertaan
Maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Siti Ruzaiha binti Mohd Riffin (03-2147 0208) atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Untuk mendaftar, sila isi borang melalui http://pendaftaran.dbp.my/index.php/mohon/
- Hits: 5164