Keputusan Pengiktirafan Penarafan Bintang Bagi Program Keceriaan Antara Kementerian Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021

SIJIL PENARAFAN BINTANG HKHM2021

 

Tahniah dan syabas!

KPM telah berjaya mencapai pengiktirafan penilaian penarafan 5 bintang bagi Program Keceriaan Antara Kementerian sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021. 

Program ini dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia selaku urus setia induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang memberi fokus utama kepada suasana keceriaan sambutan ulang tahun kemerdekaan dan kreativiti pengibaran Jalur Gemilang di premis kementerian. Semua kementerian di seluruh WP Putrajaya dan di WP Kuala Lumpur diwajibkan untuk menyertai program ini.

KPM muncul antara 9 daripada 26 kementerian yang telah berjaya mencapai penarafan 5 bintang pada tahun ini. Kejayaan ini mencerminkan usaha dan komitmen seluruh warga KPM dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2021 dengan penuh semangat patriotisme dan cintakan negara.

KPM komited untuk melakukan yang terbaik.

Pautan Video:

https://drive.google.com/file/d/1Hke5ca0_IrSvuWkuQZcbePNE0AGPyXwy/view?usp=sharing  

  • Hits: 1689

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.