Kempen Sumbangan “Secebis Kasih, Sejuta Senyuman”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/Dr/ Tuan/ Puan, 
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Adalah dimaklumkan, Yayasan Didik Negara (YDN) sedang melancarkan kempen sumbangan “Secebis Kasih, Sejuta Senyuman”. Sumbangan ini bertujuan untuk membantu lebih Tiga Juta Pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan terutama pada sesi persekolahan yang baru bermula. 
 
Sehubungan dengan ini, semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia dialu-alukan untuk memberi sumbangan dengan nilai RM10.00 bagi membantu para pelajar untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik.
 
Sumbangan boleh disalurkan secara perbankan melalui “Bank Mualamat” No. Akaun “1601 0001312 719” atas akaun “Yayasan Didik Negara”. Atau sumbangan boleh dibuat melalui e-wallet dengan melakukan imbasan QR Pay Code seperti didalam poster. Setiap sumbangan boleh menggunakan reference “DidikRamadan”.
 
Keperihatinan dan kedermawan YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/Dr/ Tuan/ Puan, mengenai perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
 
Sekian.
 
 
Poster Secebis Kasih Sejuta Senyuman
  • Hits: 2516

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 10 Disember 2022, 11:56.