Kekosongan Jawatan Publication and Multimedia Specialist di Pejabat Sekretariat SEAMEO di Bangkok, Thailand

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.              Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa (BPSHA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengenal pasti calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk dicalonkan secara peminjaman bagi jawatan Publication And Multimedia Specialist di Pejabat  Sekretariat SEAMEO, Bangkok, ThailandBersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:

i     Iklan kekosongan jawatan Publication And Multimedia Specialist seperti di Lampiran A;
ii     Job Application Form seperti di Lampiran B;
iii    Borang Permohonan KPM seperti di Lampiran C;
iv    Post Description seperti di Lampiran D;
v    Privileges of “Professional” Staff at SEAMEO Secretariat seperti di Lampiran E;
vi    SEAME Secretariat Staff Regulations and Staff Rules seperti di Lampiran F.

3.             Sehubungan itu, calon-calon yang berminat dan menepati kriteria boleh mengemukakan permohonan kepada Sektor Pelbagai Hala/Serantau di alamat berikut sebelum atau pada 28 Julai 2023 (Jumaat):

Setiausaha Bahagian
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, Blok E8, Kompleks E
Pusat Pentadbiraan Kerajaan Persekutuan
(u.p: Sektor Pelbagai Hala/Serantau)
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

4.   Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi  Puan Nur Azwa binti Zynuddin di talian 03-8872 1590 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia

  archive Muat Turun Lampiran (384 KB)
  • Hits: 1086

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 September 2023, 15:47.