Kekosongan Jawatan Deputy Director for Programs Di Pusat Serantau SEAMEO Innotech, Filipina
YBhg. Datuk/ Dato‘/ Datin/ Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa (BPSHA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengenal pasti calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk dicalonkan secara peminjaman sebagai Deputy Director For Programs di Pusat Serantau SEAMEO Innotech, Filipina. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:
i Iklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A;
ii Borang Permohonan KPM seperti di Lampiran B;
iii Post Description seperti di Lampiran C;
iv Job Application Form seperti di Lampiran D;
3. Sehubungan itu, calon-calon yang berminat dan menepati kriteria boleh mengemukakan permohonan kepada Sektor Pelbagai Hala/Serantau di alamat berikut sebelum atau pada 24 Mac 2023 (Jumaat):
Setiausaha Bahagian
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, Blok E8, Kompleks E
Pusat Pentadbiraan Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Sektor Pelbagai Hala/Serantau)
4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Puan Nur Azwa binti Zynuddin di talian +603 8872 1590 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sekian, terima kasih.
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
- Hits: 1842