Kajian Tinjauan Dalam Talian Oleh Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKI) Di Bawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK)
Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) telah ditubuhkan di bawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) Kementerian Pendidikan Malaysia pada 15 April 2019 untuk mengkaji pelbagai aspek mengenai mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (Sekolah Rendah) dan mencadangkan penambahbaikan yang bermanfaat kepada semua murid, guru, ibu bapa dan masyarakat Malaysia pada amnya. Untuk tujuan itu, kami ingin menjemput individu, kumpulan dan institusi untuk berkongsi isu dan cabaran serta mengemukakan cadangan untuk menambah baik dan membawa kemajuan kepada Pendidikan Islam melalui tinjauan ini di pautan yang tertera di bawah:
https://forms.gle/SeVw82uoR2r8vnfp8
Tarikh tutup pengisian borang tersebut ialah pada 15 Julai 2019.
- Hits: 18515