(JPA) Hari Terbuka Psikologi Malaysia 2014 (9-10 Oktober 2014)

Hari Terbuka Psikologi

Sukacita memaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama Perbadanan Putrajaya akan menganjurkan Hari Terbuka Psikologi Malaysia 2014 seperti  maklumat berikut :

Tarikh          : 9 – 10 Oktober 2014 (Khamis dan Jumaat)

Tempat       : Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya

Program yang bertemakan Kesejahteraan Psikologi Pemangkin Transformasi Perkhidmatan Awambertujuan memperkenal, mendedahkan serta memberi kesedaran terhadap perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada penjawat awam dan masyarakat serta menyediakan platform kepada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada umum.

Semua warga Kementerian, Jabatan dan Agensi tuan/puan adalah dijemput hadir untuk memeriahkan Hari Terbuka Psikologi Malaysia 2014. Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya

·         Wacana Khas

·         Bicara Ilmuan

·         Forum Perdana Hal Ehwal Islam

·         Brain Dominance

·         Pameran

·         Outdoor Games

 

  


Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat

  • Hits: 2527
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 12 November 2019, 11:07.