Jemputan Untuk Melanjutkan Pengajian Di Indian Institute Of Technology Kharagpur (IIKGP) Dan University Of Delhi, India

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

[HEBAHAN] JEMPUTAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN DI INDIAN INSTITUTE OF TECHNOLOGY KHARAGPUR (IITKGP) DAN UNIVERSITY OF DELHI, INDIA

 YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Indian Institute of Technology Kharagpur (IITKGP) dan University of Delhi, India menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian di kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut. Perincian lanjut berhubung kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut adalah seperti yang berikut:

  • Indian Institute of Technology Kharagpur (IITKGP)
  1. Kursus yang ditawarkan: Kejuruteraan; Seni Bina; Pengurusan; Undang-Undang; Sains Perubatan; dan Seni Liberal.
  2. Peringkat pengajian: Ijazah Sarjana Muda; Ijazah Sarjana; dan Ijazah Doktor Falsafah.
  3. Tawaran tambahan: IITKGP turut menyediakan platform kepada ahli-ahli pakar akademik yang berminat untuk menyampaikan kuliah atau kursus mikro kredit jangka pendek (short micro credit courses).
  4. Laman sesawang rasmi: international.iitkgp.ac.in
  5. Tarikh tutup permohonan: 30 April (Setiap tahun)
  • University of Delhi
  1. Kursus yang ditawarkan: Terdapat kira-kira 500 kursus yang meliputi pelbagai disiplin seperti Undang-Undang; Sains Gunaan dan Semulajadi; Sains Sosial; Kejuruteraan; Bahasa dan lain-lain bidang.
  2. Peringkat pengajian: Sijil; Diploma; Ijazah Sarjana Muda; Ijazah Sarjana; dan Ijazah Doktor Falsafah.
  3. Laman sesawang rasmi: www.fsr.du.ac.in
  4. Tarikh tutup permohonan: (Sila rujuk pada Lampiran I)

3.            Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyebar luas hebahan berhubung pelawaan kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian di India kelak. Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia

  • Hits: 4444

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.