Jawatan Kosong Di Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO), Rabat, Maghribi

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN MENGENAI JAWATAN KOSONG DI ISLAMIC WORLD EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANIZATION (ICESCO), RABAT, MAGHRIBI

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai jawatan kosong di ibu pejabat ICESCO, Rabat, Maghribi bagi jawatan Expert at the Strategic Foresight Center. Kontrak jawatan yang ditawarkan adalah tetap. Permohonan bagi jawatan ini tertakluk kepada kriteria, ujian atau penilaian dan temuduga yang akan ditetapkan oleh pihak ICESCO. Maklumat terperinci berkenaan objektif, fungsi, kelayakan dan kemahiran yang diperlukan adalah seperti di pdf Lampiran (Vacancy Announcement) (1.81 MB) . Gaji, elaun dan keistimewaan bagi jawatan tersebut di atas akan ditentukan berdasarkan kepada ICESCO’s Personnel Regulations.

3.   Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan terus ke ICESCO melalui alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 8 Disember 2021 (Rabu). Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai jawatan ini, boleh berhubung dengan pihak ICESCO melalui alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Hits: 2486

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.