Jawatan Kosong di Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO), Rabat, Maghribi
YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./
HEBAHAN MENGENAI JAWATAN KOSONG DI ISLAMIC WORLD EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANIZATION (ICESCO), RABAT, MAGHRIBI
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai jawatan kosong di ibu pejabat ICESCO, Rabat, Maghribi bagi jawatan Expert at Center of civilizational Dialogue. Kontrak jawatan yang ditawarkan adalah bagi tempoh setahun dan boleh diperbaharui. Permohonan bagi jawatan ini tertakluk kepada kriteria, ujian atau penilaian dan temuduga yang akan ditetapkan oleh pihak ICESCO. Maklumat terperinci berkenaan objektif, fungsi, kelayakan dan kemahiran yang diperlukan adalah seperti di Lampiran (Recruitment Announcement). Gaji, elaun dan keistimewaan bagi jawatan tersebut akan ditentukan berdasarkan kepada ICESCO Personnel Regulations.
3. Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan terus ke ICESCO melalui alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 15 Oktober 2021 (Jumaat). Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai jawatan ini, boleh berhubung dengan pihak ICESCO melalui alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sekian, terima kasih.
- Hits: 2749