• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44/DG48 Di Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44/DG48 Di Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG44/DG48 DI BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat satu (1) kekosongan jawatan Penolong Pengarah, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44/DG48 di Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3. Sehubungan dengan itu, bahagian ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat dan berkelayakan agar dapat mengemukakan permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Calon-calon yang berminat boleh memuat turun dokumen-dokumen yang berkaitan melalui pautan berikut: https://shorturl.at/bjkD8

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan dan diterima selewat-lewatnya sebelum atau pada 6 Oktober 2023 (Jumaat) ke alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras Bawah dan Dua, Bangunan Mustapha Kamal,
Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya,
Selangor
(u.p.: Unit Perkhidmatan)

atau melalui e-mel ke alamat:

a) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ; atau
b) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

  • Hits: 869

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 25 September 2023, 11:33.