• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Di Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Di Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS (BPKHAS), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.     Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), di Bahagian Pendidikan Khas, KPM seperti maklumat berikut:
 
Bil.  Jawatan Gred
i. Penolong Pengarah DG44/DG48
 
            
3.    Sehubungan dengan itu, Bahagian ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat dan berkelayakan di bawah pentadbiran pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan bagi mengemukakan permohonan untuk tapisan dan ditemu duga sebelum dilantik mengisi kekosongan jawatan tersebut. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan.
 
        3.1       Iklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A; dan
        3.2       Borang permohonan seperti di Lampiran B.
 
4.     Diharapkan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan dapat menghebahkan pelawaan ini kepada semua pegawai yang berkelayakan di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato’/ Datin/Dr./tuan/puan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan dan diterima sebelum atau pada 31 Ogos 2023 (Khamis) ke alamat berikut:
 
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Perkhidmatan)
 
atau melalui e-mel ke alamat:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
5.    Sekiranya pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
 
 i.        Puan Nur Liyana binti Hashim (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) (03-8884 9183)
 ii.       Puan Puteri Zarena binti Ahmad (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) (03-8883 0633)
iii.      Puan Shazamira binti Zakaria (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) (03-8883 0705)
 
6.     Perhatian dan kerjasama pihak YBhg.Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan berikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

Muat Turun  pdf Lampiran (4.32 MB)

 

  • Hits: 1995

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 September 2023, 15:47.