• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44/48(KUJ) Di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia

Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44/48(KUJ) Di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
 
YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,
 
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH, PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG44/48(KUJ) DI BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan sebagai Penolong Pengarah, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44/48(KUJ) di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sehubungan dengan itu, BPSH ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44/48(KUP) di Bahagian/Jabatan di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato’/ tuan/ puan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
 
3. Pegawai yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan dan dokumen berkaitan ke BPSH, KPM. Hanya calon yang memenuhi kriteria tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Bersama-sama ini disertakan:
 
a.  lklan Kekosongan Jawatan (Lampiran A); dan
b.  Borang Permohonan (Lampiran B).
 
4. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada   18 September 2023 ke alamat seperti di bawah:
 
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Sektor Khidmat Pengurusan)
 
5. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini boleh diajukan kepada Encik Eddy Yazid Ehsan di talian 03-8883 0673 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ tuan/ puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
  • Hits: 2816

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 25 September 2023, 11:33.