• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44/48 (KUJ) Di Unit Pengurusan Pendidikan Model Khas Dan Orang Asli, Sektor Perancangan Dan Pengurusan Sekolah 2, BPSH, KPM

Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44/48 (KUJ) Di Unit Pengurusan Pendidikan Model Khas Dan Orang Asli, Sektor Perancangan Dan Pengurusan Sekolah 2, BPSH, KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datuk/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG44/48(KUJ) DI UNIT PENGURUSAN PENDIDIKAN MODEL KHAS DAN ORANG ASLI, SEKTOR PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH 2, BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan sebagai Penolong Pengarah Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44/48 (KUJ) Di Unit Pengurusan Pendidikan Model Khas Dan Orang Asli, Sektor Perancangan dan Pengurusan Sekolah 2, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sehubungan dengan itu, BPSH ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Bahagian/Jabatan di bawah seliaan YBhg. Datuk/Dato'/Datu/Datin/Dr./tuan/puan untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

3. Pegawai yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan dan dokumen berkaitan ke BPSH, KPM Hanya calon yang memenuhi kriteria tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Bersama-sama ini disertakan

a. Iklan Kekosongan Jawatan pdf (Lampiran A) (68 KB) ; dan
b. Borang Permohonan pdf (Lampiran B) (115 KB) .

4. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 20 April 2023 ke alamat seperti di bawah:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

5. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini boleh diajukan kepada pegawai seperti berikut:

i.Puan Zariana binti Abdullah ditalian 03-8883 0672/ emel kepada
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., atau
 
ii.Encik Eddy Yazid Ehsan ditalian 03-8883 0673/ emel kepada
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kerjasama dan perhatian YBhg Datuk/ Dato'/ Datu/ Datin/ Dr./ tuan/ puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

  • Hits: 1289

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.