Iklan Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah Bagi Gred DG44/48 Di Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia

YBhg. Datuk/ Dato/ YBrs Dr./ Tuan/Puan

IKLAN PENGISIAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BAGI GRED DG44/48 DI BAHAGIAN PENDIDIKAN SWASTA (BPSWASTA)KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG 44/48 di Bahagian Pendidikan Swasta.
 
3. Sehubungan ituBahagian Pendidikan Swasta (BPSwasta) ingin mempelawa pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/ Dato/ YBrs Dr./ tuan/puan mengemukakan permohonan untuk disaring dan ditemu duga sebelum dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut
 
4. Bersama-sama ini dikemukakan maklumat terperinci berhubung iklan pengisian jawatan dan borang permohonan seperti di lampiran:
 
i)  Iklan Pengisian Jawatan seperti di Lampiran A
ii) Borang Permohonan seperti di Lampiran B
 
5. Kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato/ YBrs Dr./ tuan/puan adalah diharapkan untuk menghebahkan pelawaan ini kepada semua pegawai yang berkelayakan di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/ Dato/ YBrs Dr./ tuan/puan Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 6 Jun 2023 (Selasa) ke alamat berikut:
 
Pengarah
Bahagian Pendidikan Swasta
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3 Blok E2 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
(up: Unit Sumber Manusia)
 
6. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara inipihak YBhg. Datuk / Dato/ Dr/ tuan/puan boleh berhubung dengan pegawai bertugas Puan Norazlina binti Ibrahim di talian 03-8883 0679 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
7. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Dato/Dr. /tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai
 
  • Hits: 6134

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 25 September 2023, 11:33.