Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia
Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan untuk mengisi kekosongan jawatan Pensyarah Kanan Gred DG48/DG52/DG54.
3. Sehubungan dengan itu, dilampirkan Iklan Kekosongan Jawatan dan Borang Pelan Penyampaian Latihan (Lampiran A). Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Unit Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar IAB melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya sebelum atau pada 17 September 2021.
4. Maklumat lanjut berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia menerusi talian 06-7979313/9410/9329.
Kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan dimohon untuk memaklumkan iklan kekosongan ini kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan.
Sekian, terima kasih.
Muat Turun Iklan Jawatan Kosong dan Lampiran A archive di sini (624 KB)
- Hits: 5840