ICESCO Prize for Women Poetry “Poem of the Year of Women 2021”

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI ICESCO PRIZE FOR WOMEN POETRY “POEM OF THE YEAR OF WOMEN 2021”

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai ICESCO Prize for Women Poetry “Poem of the Year of Women 2021” sempena proklamasi tahun 2021 sebagai ‘ICESCO Year of Women’. ICESCO memperkenalkan anugerah ini untuk mempromosikan puisi Bahasa Arab klasik dan memperkukuhkan kewujudan penyair wanita berbakat serta memberi peluang kepada golongan wanita untuk menyertai pertandingan dan mempamerkan pencapaian. Antara objektif utama anugerah ini adalah merangsang kreativiti puisi Bahasa Arab yang klasik di kalangan wanita dan menyediakan peluang persaingan yang adil bagi penyair wanita yang berbakat.

3.   Maklumat lanjut mengenai anugerah ini termasuk syarat-syarat penganugerahan, nilai hadiah dan proses penilaian boleh dirujuk di   pdf Lampiran I (8.30 MB)  dan melalui pautan https://www.icesco.org/en/2021/04/13/launch-of-icesco-womens-poetry-prize-poem-of-year-of-women-2021/. Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan puisi mengikut syarat ditetapkan dalam bentuk pdf dan Microsoft Word berserta sesalinan biografi yang ringkas ke pihak ICESCO melalui alamat emel (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) sebelum atau pada 30 Julai 2021 (Jumaat). 

Sekian, terima kasih. 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Hits: 4531

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.