ICESCO Award for the Second Edition of Bayan Contest for Creative Expression in Arabic for the Year 2021

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI ICESCO AWARD FOR THE SECOND EDITION OF BAYAN CONTEST FOR CREATIVE EXPRESSION IN ARABIC FOR THE YEAR 2021

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai ICESCO Award for the Second Edition of Bayan Contest for Creative Expression in Arabic for the year of 2021. ICESCO memperkenalkan anugerah ini untuk mempromosikan kemahiran dan ekspresi kreativiti dalam kalangan pelajar bukan Arab yang mempelajari Bahasa Arab dalam mengembangkan bidang penulisan dan ekspresi lisan Bahasa Arab. Anugerah ini adalah kesinambungan daripada edisi pertama yang telah mendapat sambutan menggalakkan. Antara objektif utama anugerah ini adalah untuk mempromosikan kreativiti dan produktiviti serta mengetengahkan kepelbagaian dalam Bahasa Arab. Selain itu, ianya pelengkap kepada pendekatan pendidikan dan budaya yang seimbang serta dapat membina dua kemahiran produktif linguistik dalam penulisan kreatif dan ekspresi lisan.

3.  Maklumat lanjut mengenai anugerah ini termasuk syarat-syarat penganugerahan, nilai hadiah dan proses penilaian boleh dirujuk di Lampiran I dan melalui pautan https://www.icesco.org/en/2021/05/18/nominations-open-for-icesco-bayan-award-for-creative-expression-in-arabic-2021/. Borang pendaftaran boleh dimuat turun melalui pautan http://www.icesco.org/wp-content/uploads/2019/12/Nomination-Form-ICESCO-Bayan-Award.pdf Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan penyertaan dalam dalam bentuk video bersama dokumen yang diperlukan mengikut syarat yang ditetapkan kepada pihak ICESCO melalui alamat emel (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) sebelum atau pada 30 Julai 2021 (Jumaat). 

Sekian, terima kasih. 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia 
 
  • Hits: 1622

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 02 Julai 2022, 11:41.