Hebahan Program Celebration of Islamic Capitals of The Environment and Sustainable Development

Sukacita dimaklumkan bahawa ISESCO telah menganjurkan program Celebration of Islamic Capitals of the Environments and Sustainable Development yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar di kalangan negara anggota. Justeru itu, setiap negara anggota perlu mencalonkan sebuah bandar sebagai “Islamic Capital of the Environment and Sustainable Development”. Pencalonan yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan dokumen seperti berikut:

• Satu laporan dengan 20 muka surat yang menerangkan tentang usaha dan pencapaian yang dilakukan oleh Kerajaan di bandar tersebut bagi memelihara alam sekitar dan mempromosikan pembangunan mampan. Laporan ini juga perlulah memenuhi kriteria berikut:

- Pengurusan air dan penggunaan semula sisa air;
- Pengurusan bahan buangan kitar semula ;
- Perubahan iklim dan adaptasi;
- Pemeliharaan alam semulajadi dan biodiversiti;
- Penjimatan tenaga dan tenaga yang boleh diperbaharui;
- Pengurusan tanah yang lestari;
- Kualiti udara dan persekitaran yang akustik;
- Pembangunan hijau yang mampan;
- Sistem pengangkutan pintar dan bersih

• Penerangan terperinci (mengikut garis panduan) tentang tindakan yang akan diambil untuk membaiki keadaan persekitaran semasa
• Program yang terperinci dan spesifik dalam meraikan acara ini

Maklumat lanjut berkaitan program ini boleh didapati di dalam dokumen yang dilampirkan. Semua penyertaan boleh dikemukakan kepada Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM menerusi emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 30 Mac 2019.

 Bil.   Perkara    
 1  Surat Hebahan  Activation Of The Programme Of The Celebration Of Islamic Capitals Of The Environment And Sustainable Development

 

  • Hits: 2971

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 01 Disember 2023, 12:00.