Hebahan Penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 13, 2018 Dan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 14, 2019
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) telah menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru. Jurnal ini memuatkan hasil penulisan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam penyelidikan yang telah disaring dan dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan khusus untuk sumber rujukan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, pembangunan profesionalisme serta latihan keguruan.
3. Bersama-sama ini disertakan pautan softcopy penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru adalah seperti berikut:
- Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 13, 2018: https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/jurnal/3078-jurnal-penyelidikan-pendidikan-guru-jilid-13-2018/file
- Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 14, 2019: https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/jurnal/3079-jurnal-penyelidikan-pendidikan-guru-jilid-14-2019/file
Perhatian dan kerjasama daripada YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
- Hits: 5506