• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Hebahan Pelawaan Permohonan Urusan Pengisian Kekosongan Jawatan Atase Sains Gred 52 (Terbuka) Di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia (Pptm) Ke Unesco, Di Paris

Hebahan Pelawaan Permohonan Urusan Pengisian Kekosongan Jawatan Atase Sains Gred 52 (Terbuka) Di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia (Pptm) Ke Unesco, Di Paris

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hubungan Antarbangsa (BHA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengenal pasti calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Atase Sains Gred 52 (TERBUKA) di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia (PPTM) ke UNESCO, di Paris.

Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan tersebut:

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Hubungan Antarabangsa sebelum atau pada 26 April 2019 melalui Ketua Jabatan masing-masing.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Puan Farashuhada binti Md. Yunus di talian 03-88846124.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat,

Bahagian Hubungan Antarbangsa

  • Hits: 8758

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 27 September 2023, 14:39.