Hebahan Mengenai Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara Contract of Service Tahun 2021

HEBAHAN MENGENAI PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA CONTRACT OF SERVICE TAHUN 2021
 
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara Contract of Service Tahun 2021. Pengambilan khas ini adalah terbuka kepada semua graduan sama ada lepasan universiti awam, swasta atau luar negara.

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari portal Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di alamat: https://mypdpp.moe.gov.my pada 27 September 2021 (Isnin) mulai jam 9.00 malam. Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Oktober 2021 (Ahad) sebelum jam 11.59 malam.

Sehubungan itu, KPM menyarankan calon-calon yang berminat agar melayari laman sesawang rasmi KPM bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan pengambilan khas ini.

  • Hits: 53029

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 09 Disember 2021, 15:07.