[Hebahan Kud] Jemputan Menyertai Mr Kud 2015 (Pertandingan Gusti Lengan) Dan Sepakraga (Bulatan) Championship 2015

Salam 1Malaysia,

YBhg. Tan Sri/Dato' Sri/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Saya dengan hormatnya merujuk pada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Karnival Usahawan Desa Peringkat Kebangsaan tahun 2015 akan diadakan pada 2 hingga 6hb september bertempat di Presint 3, Putrajaya yang akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 3 ogos 2015 di belakang Istana Kehakiman, Putrajaya.

3. Sempena Karnival itu, pihak Institut Kemajuan Desa (INFRA)akan menganjurkan Mr KUD (Pertandingan Gusti Lengan) pada 5hb september 2015 dan kejohanan Sepakraga (bulatan) Open Championship 2015 pada 6hb september 2015 seperti makluman pada lampiran beserta borang penyertaan. Borang penyertaan yang telah lengkap diisi boleh juga dihantar melalui faks 03-89265905.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati mengundang peserta daripada organisasi tuan/puan serta agensi di bawah kelolaan pihak tuan/puan untuk menyertai acara ini. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat dihargai. Sebarang keterangan lanjut, boleh hubungi En Yusairi Amir 019-330 1142(Mr KUD), En Nasaruddin 017-306 0763(sepakraga), dan En Azlan 019-357 7010.

Sekian, terima kasih

(MD NASARUDDIN BIN RAZALI)

b/p Pengarah

Institut Kemajuan Desa(INFRA)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)

Muat Turun
Mr KUD-Lampian 1
Mr KUD-Lampian 2
Mr KUD-Borang
SepakRaga-Lampiran 1
SepakRaga-Lampiran 2
Sepakraga-peraturan
Sepakraga-Borang_Pendaftaran

 

Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat