[Hebahan JKDM]: Kempen Jom Minta Resit GST (Jabatan Kastam Diraja Malaysia)

6 Banner Jom Minta Resit GST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg Tan Sri / Dato’ Sri / Dato' / Tuan / Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengadakan Program Pemberian Insentif Kepada Pengguna Untuk Meminta Inbois Bercukai GST selama 4 bulan mulai 1 April 2016 hingga 31 Julai 2016.

2. Sehubungan dengan itu JKDM telah melancarkan Peraduan Jom Minta Resit GST pada 31 Mac 2016 bertujuan menggalakkan pengguna akhir meminta resit setiap kali membuat pembelian dan menyertai peraduan. Pengguna yang berminat menyertai peraduan ini boleh berbuat demikian secara online dengan melayari laman web http://www.myresitgst.com.my atau memuat turun aplikasi mudah alih MyresitGST secara percuma dari aplikasi Playstore dan Appstore untuk pengguna Android dan iOS.

3. JKDM akan membuat cabutan bertuah pemenang pada setiap bulan bermula awal bulan Mei 2016 dan sebanyak 2,876 hadiah telah disediakan setiap bulan untuk para pemenang. Antara hadiah yang ditawarkan adalah motosikal jenama tempatan, telefon pintar, tablet, barangan elektrik dan baucar pembelian.

4. Penyertaan adalah terbuka kepada semua kakitangan kerajaan dan juga orang awam kecuali kakitangan JKDM.

5. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada pihak YBhg Tan Sri / Dato’ Sri / Dato' / Tuan / Puan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.