Commemoration Of 2019 Mine Awareness Day, 3-4 April 2019, Phnom Penh, Cambodia
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah menerima jemputan dari pihak Sekretariat ASEAN berhubung penyertaan ke program "Commemoration of 2019 Mine Awareness Day" yang akan diadakan pada 3-4 April 2019 di Phnom Penh, Cambodia dengan tema "Raising Mines/ ERW Awareness for Peace, Stability and Resilience in ASEAN through Youth Participation". Untuk makluman Tuan/ Puan, program ini merupakan anjuran bersama ASEAN Regional Mine Action Center (ARMAC) dan Association Internationale Des Etudiants En Sciences Economiques et Commerciales (AIESEC).
Pelajar universiti bagi negara anggota ASEAN yang berumur 18-25 tahun adalah dijemput untuk memohon program ini. Tiga (3) pelajar ASEAN akan dipilih bagi menyertai program selama dua (2) hari ini. Pihak penganjur juga akan menanggung penuh peserta-peserta yang terpilih, termasuklah tiket penerbangan (roundtrip), penginapan, elaun harian, makan/ minum serta lawatan. Calon yang berminat boleh mengisi borang penyertaan secara atas talian dan mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan kepada http://https//mad2019.aseanmineaction.org/ pada 15 Mac 2019 (Jumaat).
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pihak Tuan/ Puan boleh melawati laman akaun Facebook ARMAC melalui pautan https://www.facebook.con/ASEANMineAction/ atau menghubungi pihak ARMAC di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sukacita dilampirkan bersama adalah nota makluman serta agenda program berkenaan untuk perhatian pihak Tuan/ Puan.
Bil | Perkara | |
1. | Call for Participation | MUAT TURUN |
2. | Flyer | MUAT TURUN |
3 | Tentative Agenda | MUAT TURUN |
- Hits: 3066