Hebahan : Surat Makluman Pelaksanaan Arahan Potongan Gaji Mandatori Bagi Peminjam Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia Yang Berkhidmat Di Sektor Awam
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Pinjaman Kumpulan Wang Amanah (JAKWA) Bil.2/2018 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Ketua Setiausaha, KPM telah memutuskan supaya pemotongan gaji mandatori terus dilaksanakan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) kepada peminjam yang berkhidmat di sektor awam namun belum/terhenti membayar balik pinjaman pelajaran KPM. Hal ini kerana KPM memandang serius akan aspek keberkesanan pengurusan kutipan balik pinjaman dan kepatuhan pegawai terhadap arahan potongan gaji (APG) sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian.
Bersama-sama ini dikemukakan Surat Makluman Pelaksanaan Potongan Gaji Mandatori Bagi Peminjam Pinjaman Pelajaran KPM Yang Berkhidmat di Sektor Awam untuk rujukan tuan/puan :
Muat turun :
Sekian, terima kasih.
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
30 April 2019
- Hits: 6625