Global IT Challege for Youth with Disabilities (GITC) in Korea, 2021
Pertandingan Akhir GLOBAL IT CHALLENGE telah diadakan pada 20 dan 21 Oktober 2021 bertempat di Korea Selatan secara atas talian menggunakan aplikasi ZOOM. Pertandingan ini melibatkan 14 buah negara dan hampir 500 orang peserta.
Kontinjen Malaysia telah menghantar 2 orang Chaperone dan 134 orang MBK mewakili Ketidakupayaan Penglihatan (BL), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Fizikal (PH) dan Bermasalah Pembelajaran (LD) telah terlibat dan bertanding bagi acara-acara seperti eLifemap, eTool Excel, eTool Powerpoint, eContents dan eCreative.
Dalam pertandingan ini, Malaysia berjaya menggondol 6 Emas, 6 Perak dan 4 Gangsa dan Adik Chin Zhi Hang telah dipilih sebagai “Global IT Leader” bersama-sama En Fathil Khair bin Muhammad, yang turut berjaya memperolehi anugerah “Outstanding Contribution Award”.
- Hits: 2962