Soalan Lazim: Pelaksanaan Menu Susu Dalam Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Tahun 2019

  1. Apakah Menu Susu Dalam Program RMT ini?

Menu Susu Dalam Program RMT ini ialah perluasan kepada program RMT sedia ada di mana susu dijadikan menu minuman tambahan kepada murid penerima RMT. Setiap penerima akan mendapat 2 kotak susu 200ml seminggu (keseluruhan maksimum 40 kotak) bermula 10 Jun 2019 sehingga 31 Oktober 2019.

  1. Siapakah yang layak menerima susu tersebut?

Semua murid penerima RMT tahun 2019 akan mendapat manfaat daripada Menu Susu Dalam Program RMT ini iaitu murid dari keluarga berpendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional (kategori miskin tegar), murid yang berada di sekolah Orang Asli/Penan dan Murid Berkeperluan Khas (OKU) dengan syarat ibubapa / penjaga haruslah menandatangi surat setuju terima tambahan Menu Susu Dalam Program RMT ini.

  1. Apakah objektif kepada pelaksanaan Menu Susu Dalam Program RMT ini?
    • Menambah kandungan vitamin dan mineral yang terkandung dalam minuman susu kepada pemakanan murid penerima RMT.
    • Memupuk amalan pengambilan susu atau produk tenusu dalam pemakanan murid-murid. Seterusnya menjadi amalan sehingga dewasa bagi membentuk pewaris generasi yang sihat fizikal dan mental.
  1. Apakah spesifikasi dan jenis susu yang dibekalkan?

Spesifikasi dan jenis susu yang dibenarkan ialah hanya susu Ultra High Temperature (UHT) 200ml berperisa coklat (kandungan susu 100 peratus susu segar tempatan oleh pengilang tempatan) daripada pembekal yang mempunyai Akreditasi Pensijilan Veterinany Health Mark (VHM) daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) atau mempunyai Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan Good Manufacturing Practice (GMP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).  Pihak sekolah sentiasa diingatkan agar tidak menerima susu selain daripada spesifikasi dan jenis yang telah ditetapkan. Tuntutan pembekal RMT tidak dapat diproses jika spesifikasi dan jenis susu lain dibekalkan.

  1. Bilakah waktunya murid penerima RMT ini akan minum susu tersebut?

Waktu pemberian susu disesuaikan mengikut menu, masa dan penerimaan murid di sekolah, sama ada di awal pagi sebelum sesi persekolahan bermula, waktu rehat, tengahari atau waktu petang bergantung kepada waktu yang dirasakan sesuai oleh pihak sekolah.

  1. Siapakah yang bertanggungjawab mengurus pemberian susu ini kepada murid penerima RMT?

Pembekal RMT di sekolah yang bertanggungjawab mengurus pemberian dan pengagihan susu ini kepada murid penerima RMT mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah tersebut.

  1. Apakah syarikat yang akan membekalkan susu ini?

Terdapat 10 buah syarikat yang telah disenaraikan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) mempunyai kapasiti untuk membekalkan susu segar tempatan seperti mana spesifikasi dan jenis yang ditetapkan oleh KPM iaitu;

  • ADMC Dairy Farm Sdn. Bhd.
  • Etika Daires Sdn. Bhd.
  • Dutch Lady Milk Industries Bhd.
  • Hybrid Allied Dairy Company Sdn. Bhd.
  • F&N Beverages Manufacturing Sdn. Bhd.
  • The Holstein Milk Company Sdn. Bhd.
  • Sabah International Daires Sdn. Bhd.
  • Evergreen Livestock Sdn. Bhd.
  • Desa Group Of Companies
  • Eco Farm Solutions Sdn. Bhd.
  1. Bagaimana memastikan tidak berlaku simptom klinikal semasa minum susu?

Semua pihak hendaklah berkerjasama bagi memastikan simptom klinikal dapat dielakkan dengan memastikan murid minum dengan cara yang betul. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah menyediakan video dan poster cara minum susu kotak dengan cara yang betul. Video dan poster ini telah diedarkan ke semua sekolah dan dimuat naik  dalam laman WEB KPM.

  1. Jika berlaku simptom klinikal akibat daripada minum susu ini, apakah tindakan yang harus dilakukan oleh pihak sekolah?

Pihak sekolah sudah sedia maklum akan prosedur operasi standard (SOP) jika berlaku kes-kes seperti ini. Antaranya ialah segera mengenal pasti murid terlibat, hentikan pemberian susu, bawa murid ke hospital atau klinik berhampiran, laporkan ke pejabat kesihatan daerah (PKD) dan PPD, hubungi waris murid tersebut dan sediakan laporan.

  1. Jika saya memerlukan maklumat dan penerangan lanjut, siapakah yang harus saya hubungi?

Pihak tuan / puan boleh menghubungi pegawai kebajikan atau pegawai meja RMT di JPN masing-masing seperti tersenarai di bawah;

  • JPN Perlis – Hasmawati Binti Hashim (04- 9737720)
  • JPN Kedah – Dzulkipli Bin Hasan (04-7404156)
  • JPN Pulau Pinang – Suhaini Binti Ishak (04-6521037)
  • JPN Perak – Ruziah Binti Ab Majid (05-5015142)
  • JPN Selangor – Muhamad Syahrul Nizam Bin Ismail (03-55182062)
  • JPN WP Kuala Lumpur – Munshee Bin Mohd Mokhtar (03-62044086)
  • JPN WP Putrajaya – Noor Haslena Binti Daud (03-88890000)
  • JPN Negeri Sembilan – Hayati Binti Muhamad Yatim (06-7653156)
  • JPN Melaka – Rosnah Binti Manab (06-2327201)
  • JPN Johor – Rosli Bin Hussin (07-2311488)
  • JPN Pahang – Noradilah Binti Abd Jalil (09-5175700)
  • JPN Terengganu – Asnat Binti A. Rashid (09-6213136)
  • JPN Kelantan – Abdul Manaf Bin Yamat (09-7418019)
  • JPN Sabah – Mohd Haniff Bin Mohd Harith (088-537010)
  • JPN WP Labuan – Jaafar Bin Abu Bakar (087-583351)
  • JPN Sarawak – Ahmad Hj Uni (082-473640)

 

URUSETIA

MENU SUSU DALAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN  PENDIDIKAN MALAYSIA

13 JUN 2019

  • Hits: 8126

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.