Challenge and Innovation Forum (CIF), Doha, Qatar, 9-11 November 2021

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI CHALLENGE AND INNOVATION FORUM (CIF), DOHA, QATAR, 9-11 NOVEMBER 2021

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai Challenge and Innovation Forum (CIF) yang akan diadakan pada 9 hingga 11 November 2021 di Doha, Qatar. Forum ini diadakan di bawah kerangka aktiviti pengisytiharan dan perayaan Doha sebagai Arab Region’s Capital of Islamic Culture for 2021” yang merupakan sebahagian daripada program ibu kota budaya (cultural capitals program) ICESCO. Dalam hal ini, Kementerian Kebudayaan dan Sukan, Qatar dengan kerjasama Qatar Scientific Club telah mengumumkan pembukaan pendaftaran bagi Forum CIF yang dianjurkan dengan bertemakan “With The Mind, We Untie The Knots.”

2.     Forum ini akan mengumpulkan para inovator dan pencipta daripada golongan muda dari seluruh dunia. Ia merangkumi beberapa pertandingan dan program ilmiah secara interaktif dengan tujuan untuk mempromosikan peranan negara Qatar dalam menyokong bidang sains dan inovasi di dalam dan luar negara. Forum ini akan memberi peluang kepada para inovator dan pencipta muda dari pelbagai negara untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran. Ini sekaligus akan menyumbang untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa bagi mempelajari secara mendalam mengenai perkembangan terkini di dalam bidang inovasi dan teknologi moden.

3. Maklumat lanjut mengenai Forum ini termasuk syarat-syarat pertandingan dan nilai hadiah boleh dirujuk melalui pautan http://www.icesco.org/en/?p=14463 dan https://cif.qa. Sehubungan itu, calon-calon yang berminat untuk menyertai Forum dan pertandingan ini, bolehlah mendaftar melalui pautan https://cif.qa sebelum atau pada 31 Ogos 2021 (Selasa). Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai Forum ini, boleh berhubung dengan pihak penganjur melalui alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sekian, terima kasih. 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
 
ICESCO DOHA1 1 1170x640
  • Hits: 2048

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.