Call for the Research Entry on the 2021/2022 SEAMEO-Jasper Research Award

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat SEAMEO dengan kerjasama Kerajaan Kanada akan menganjurkan 2021/2022 SEAMEO-Jasper Research Award. Anugerah yang bertemakan Addressing the Education Crisis: Intervention Programmes for Mitigating Learning Gaps and Learning Loss ini adalah terbuka kepada warga negara anggota SEAMEO (Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Timor-Leste, and Vietnam).

Maklumat lanjut mengenai anugerah ini serta kriteria permohonan boleh dirujuk di Lampiran I (Kertas Konsep), Garis Masa Pelaksanaan Kajian (Timeline of Research) adalah seperti di Lampiran II atau melalui pautan https://www.seameo.org/Main_programme/285. Sehubungan dengan itu, individu yang berminat dan berkelayakan boleh mengemukakan permohonan mereka dengan melengkapkan borang permohonan (Application Form) seperti di Lampiran III pada atau sebelum 31 Ogos 2021 kepada urus setia SEAMEO-JASPER Research Award (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).
Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia

  archive Muat Turun Borang dan Lampiran (652 KB)

  • Hits: 1905

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 08 Jun 2023, 15:53.