• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • [Call For Applications] Higher Education For ASEAN Talents (HEAT): Scholarship Opportunity For ASEAN Faculty Members In The Republic Of Korea (ROK)

[Call For Applications] Higher Education For ASEAN Talents (HEAT): Scholarship Opportunity For ASEAN Faculty Members In The Republic Of Korea (ROK)

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

HEBAHAN: [CALL FOR APPLICATIONS] HIGHER EDUCATION FOR ASEAN TALENTS (HEAT): SCHOLARSHIP OPPORTUNITY FOR ASEAN FACULTY MEMBERS IN THE REPUBLIC OF KOREA (ROK)

YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Korean Council for University Education (KCUE) menerusi program Higher Education for ASEAN Talents (HEAT): Scholarship Opportunity for ASEAN Faculty Members in the Republic of Korea (ROK) telah mempelawa ahli-ahli akademik dari negara-negara ASEAN termasuk Malaysia untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran di Republik Korea (ROK).

3.         Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, progam HEAT yang dibiayai oleh ASEAN-Korea Cooperation Fund (AKCF) ini bertujuan untuk membuka lebih banyak peluang kepada ahli akademik negara-negara ASEAN untuk melanjutkan pengajian di ROK dengan matlamat untuk meningkatkan kepakaran serta meningkatkan jalinan kerjasama di dalam bidang pendidikan tinggi di antara ROK dan ASEAN. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua, pihak KCUE akan menanggung kos bagi yuran pengajian mengikut program dan jam kredit yang didaftarkan, elaun bulanan dan kos-kos lain seperti satu (1) tiket penerbangan kelas ekonomi (pergi dan balik) bagi sepanjang tempoh pengajian; kos percetakan tesis/ disertasi, kos latihan bahasa serta insurans perubatan.

4.         Dalam pada itu, sukacita dilampirkan bersama adalah nota makluman berhubung garis panduan bagi permohonan biasiswa di bawah program HEAT (seperti di Lampiran) untuk perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan juga boleh menghubungi terus Ms. JungEun Lee, Penyelidik, Bahagian Kerjasama Antarabangsa, KCUE menerusi alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyebar luas hebahan berhubung penawaran program HEAT ini.  

5.         Seperti pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan sedia maklum jua, berdasarkan situasi semasa wabak coronavirus (COVID-19) di Malaysia dan perkembangan terkini di peringkat global, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihatkan orang ramai untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya. KKM juga telah menasihatkan orang ramai untuk menangguhkan perjalanan sementara ke luar negara terutamanya ke wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 di Republik China, Republik Korea, Iran, Itali dan Jepun. Sekiranya perjalanan tersebut tidak dapat dielakkan, orang ramai adalah disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang telah digariskan oleh KKM termasuk menjauhkan diri daripada kawasan-kawasan di Republik China, Republik Korea, Iran, Itali dan Jepun yang mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi. Dalam hal ini, sebarang keputusan untuk memohon serta menyambung pengajian di ROK adalah dibawah tanggungjawab masing-masing. Sebagai makluman tambahan, pencalonan yang berjaya adalah tertakluk kepada keadaan semasa di ROK susulan penularan wabak COVID-19.

Muat Turun Iklan Di Sini

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan di dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

 

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia

  • Hits: 1300
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 06 April 2020, 07:31.